Ahad, 10 Februari 2019 | 8:30am
PASUKAN penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa runtuhan bangunan di daerah Kartal. - Foto EPA
PASUKAN penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa runtuhan bangunan di daerah Kartal. - Foto EPA

Korban bangunan runtuh di Turki meningkat kepada 21

ISTANBUL: Angka korban dalam kejadian bangunan pangsapuri runtuh Istanbul meningkat kepada 21 semalam, ketika Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata pihak berkuasa ‘perlu belajar’ daripada kemalangan itu.

Blok lapan tingkat berkenaan di daerah Kartal di bahagian Asia bandar raya itu runtuh Rabu lalu tetapi puncanya tidak diketahui.

Erdogan, yang melawat lokasi kejadian semalam, berkata: “Ada banyak pengajaran boleh diambil daripada kejadian ini.

“Kita akan mengambil langkah perlu.”

Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu, memberitahu wartawan jumlah kematian meningkat kepada 21 dan 14 cedera.

Ia adalah ketiga ketiga angka korban dikemas kini dalam sehari.

“Kami menganggarkan 35 terperangkap di bawah runtuhan dan kini bilangan itu lengkap,” kata ketika menegaskan operasi mencari akan diteruskan seperti sebelum ini. — AFP

Berita Harian X