Selasa, 19 Februari 2019 | 9:01pm
PERDANA Menteri Pakistan, Imran Khan. - Foto AFP

Pakistan sedia bantu India siasat insiden letupan

ISLAMABAD: Pakistan bersedia membantu India untuk menyiasat insiden letupan paling dahsyat di Kashmir sejak beberapa dekad, tetapi akan membalas jika New Delhi menyerang negara itu, kata Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan hari ini sebagai ketegangan antara kedua-dua negara bersenjata nuklear itu sedang meningkat.

Khan yang membuat ucapan menerusi televisyen tempatan bagi menuntut New Delhi berkongsi bukti pembabitan Islamabad dalam letupan bom nekad pada hujung minggu lalu hingga mengorbankan 41 orang di wilayah Kashmir yang ditadbir India.

Namun, kumpulan militan berpusat di Pakistan, Jaish-e-Mohammad (JeM) mengaku bertanggungjawab melakukan serangan terbabit.

Khan berkata, jika India menyerang, Pakistan tidak teragak-agak untuk membalasnya.

Bagaimanapun, Pakistan menafikan sekeras-kerasnya pembabitannya dalam insiden dahsyat itu.

Tambahnya, jika terdapat mana-mana kumpulan militan menggunakan tanah air Pakistan untuk melancarkan serangan, ‘mereka bermusuh dengan kami’ dan ia bertentangan dengan kepentingan kami. -AFP.

Berita Harian X