Sabtu, 23 March 2019 | 7:45pm
Gambar Pejabat Diplomasi Awam Dubai menunjukkan Burj Khalifa bercahaya dengan gambar Ardern memakai selendang, memeluk saudara mangsa yang terjejas akibat tragedi itu bersama perkataan ‘peace’ dalam bahasa Inggeris dan Arab. -Foto AFP
Gambar Pejabat Diplomasi Awam Dubai menunjukkan Burj Khalifa bercahaya dengan gambar Ardern memakai selendang, memeluk saudara mangsa yang terjejas akibat tragedi itu bersama perkataan ‘peace’ dalam bahasa Inggeris dan Arab. -Foto AFP

Burj Khalifa dihiasi gambar Ardern

DUBAI: Ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) di sini memaparkan imej Perdana Menteri Jacinda Ardern pada bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa, susulan insiden tembakan dua masjid minggu lalu.

Pemerintah ibu kota ini, Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum memuji sokongan Ardern terhadap masyarakat Islam selepas pengganas kulit putih 15 Mac lalu mengorbankan 50 jemaah.

“Terima kasih PM @jacindaardern dan New Zealand atas perasaan empati ikhlas dan sokongan yang menarik penghormatan 1.5 bilion umat Islam susulan serangan pengganas yang mengejutkan komuniti Islam di seluruh dunia,” tulisnya di Twitter.

Gambar Pejabat Diplomasi Awam Dubai menunjukkan Burj Khalifa bercahaya dengan gambar Ardern memakai selendang, memeluk saudara mangsa yang terjejas akibat tragedi itu bersama perkataan ‘peace’ dalam bahasa Inggeris dan Arab.

Ardern dipuji secara meluas kerana cara beliau menangani tragedi itu, bertemu keluarga mangsa dan segera mengetatkan undang-undang senjata sambil menggesa usaha global menentang ekstremisme dalam talian. -AFP

Berita Harian X