Sabtu, 23 March 2019 | 10:22pm

Daesh tewas sepenuhnya di Syria

BAGHOUZ: Tentera diketuai Amerika Syarikat serta Pasukan Demokratik Syria (SDF) mengumumkan bahawa mereka berjaya menghapuskan saki-baki kumpulan militan Daesh dari kubu terakhir mereka di timur barat Syria, hari ini.

Bendera kuning dikibarkan di Baghouz, perkampungan terpencil yang menjadi kubu kuat Daesh selepas hampir lima tahun.

“SDF mengisytiharkan penghapusan sepenuhnya dan penguasaan 100 peratus wilayah yang dikuasai Daesh,” kata Pegawai Media SDF, Mustafa Bali.

SDF melakukan serangan terakhir bagi menghapuskan Daesh sejak beberapa minggu lalu bagi merampas kembali Baghouz yang terletak bersempadan dengan Iraq. -AFP.

Berita Harian X