Jumaat, 12 April 2019 | 12:31pm

China lapor kes baharu demam selesema babi Afrika

BEIJING: China mengesahkan wabak baharu demam selesema babi Afrika di wilayah barat Xinjiang, ketika penularan wabak yang cepat merebak melanda kawasan ternakan terbesar haiwan itu di dunia.

Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar China dalam satu kenyataan menerusi laman web mendedahkan, penularan wabak di daerah Shule, Xinjiang sudah membunuh 92 ekor haiwan itu di dua buah ladang yang mempunyai 583 jumlah ternakan.

Setakat ini China sudah melaporkan 120 kes penyakit yang masih sukar dipulihkan itu sejak ia mula dikesan di negara ini awal bulan Ogos tahun lalu.

Menurut pihak berkuasa China, penyakit itu boleh membunuh babi tetapi tidak berbahaya kepada manusia. - Reuters

Berita Harian X