Ahad, 5 Mei 2019 | 8:54am
- Foto Hiasan

Arab Saudi, UAE berpuasa esok

DUBAI: Arab Saudi menyambut Ramadan esok apabila anak bulan tidak kelihatan petang semalam dan dijangka cuma muncul hari ini.

Sementara di Emiriah Arab Bersatu (UAE), selaras dengan dasar kerajaan, akan menurut pengumuman Arab Saudi mengenai kemunculan anak bulan.

Oleh itu, UAE juga akan mula berpuasa esok.

Pemerhati di Arab Saudi berkata, anak bulan tidak kelihatan semalam.

Awal minggu ini, Mahkamah Agung Arab Saudi menggesa rakyat dan penduduk memaklumkan mahkamah terdekat jika ternampak anak bulan Ramadan dengan jelas atau menerusi teropong pada hari Sabtu.

Mahkamah mengeluarkan kenyataan atas talian yang berbunyi: “Kementerian mempelawa rakyat dan penduduk memerhatikan kemunculan anak bulan pada Sabtu, 29 Syaaban 1440 untuk Ramadan tahun ini.

“Jika anak bulan tidak kelihatan, lihat semula pada Ahad, 30 Syaaban 1440.”

Mahkamah juga menggesa penduduk yang ternampak anak bulan supaya menyertai jawatankuasa yang dibentuk di kawasan berkenaan untuk tujuan itu. — Agensi

Berita Harian X