Selasa, 14 Mei 2019 | 3:00pm
Menteri Luar India, Sushma Swaraj (kanan) bersama Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif selepas menghadiri mesyuarat dua hala di New Delhi, hari ini. Foto AFP
Menteri Luar India, Sushma Swaraj (kanan) bersama Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif selepas menghadiri mesyuarat dua hala di New Delhi, hari ini. Foto AFP

Menteri Luar Iran, India bincang sekatan Washington

NEW DELHI: Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif akan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya di sini, hari ini, selepas India menghentikan pembelian minyak dari negara itu bulan ini, susulan sekatan oleh Amerika Syarikat.

India adalah pelanggan utama minyak Iran, selepas China tetapi New Delhi menghentikan import selepas Washington melaksanakan semula sekatan ke atas Iran.

Namun, Washington memberi pengecualian kepada lapan negara, termasuk India, sekali gus membolehkan mereka mengimport kembali minyak dari Iran.

“India adalah salah satu rakan kongsi ekonomi, politik dan serantau paling penting bagi Iran.

“Kami sering mengadakan perbincangan dengan India menyentuh pelbagai isu dan kehadiran saya di sini, adalah bagi berunding mengenai perkembangan terbaharu di rantau ini, selain membincangkan pelbagai isu dua hala,” kata Zarif kepada rakan kongsi Reuters, ANI semalam, sebelum bertemu Menteri Luar India, Sushma Swaraj.

Washington berusaha menghalang eksport minyak Iran selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump cuba menarik diri dari perjanjian yang ditandatangani Tehran dengan enam kuasa dunia pada 2015, bagi menyekat program nuklear Iran. - Reuters

Berita Harian X