Sabtu, 1 Jun 2019 | 2:07pm
Setiausaha Jabatan Makanan dan Kesihatan, Sophia Chan. - Foto The Standard
Setiausaha Jabatan Makanan dan Kesihatan, Sophia Chan. - Foto The Standard

Hong Kong hapus 4,700 babi

HONG KONG: Hong Kong akan menyembelih 4,700 babi selepas demam selesema babi Afrika dikesan pada haiwan berkenaan di sebuah rumah sembelihan berhampiran sempadan dengan China.

Menurut Setiausaha Jabatan Makanan dan Kesihatan, Sophia Chan, haiwan itu datang dari sebuah ladang di wilayah Guangdong selatan China memaksa semua import dari tanah besar China digantung serta merta sehingga diberitahu kelak.

Rumah sembelihan kendalian kerajaan di Sheung Shui juga akan ditutup untuk pembersihan dan pembasmian kuman, katanya.

Bulan lalu kira-kira 6,000 babi dibunuh selepas virus itu dikesan pada babi yang diimport dari ladang di wilayah yang sama.

Bekalan dari seluruh sempadan digantung sementara selama seminggu sepanjang proses pembasmian kuman di rumah sembelihan dijalankan.

Selepas demam selesema babi Afrika merebak ke lebih separuh daripada wilayah China tahun lalu, Hong Kong mengharamkan import dari mana-mana ladang China di mana virus itu dikesan.

Beratus-ratus ribu babi disembelih dalam usaha untuk menghentikan penyebarannya, kata pegawai China.

Virus ini tidak berbahaya kepada manusia tetapi membawa maut kepada babi dan babi hutan.

Pada tahun 2003, kira-kira 300 orang mati akibat penularan penyakit pernafasan akut teruk (SARS). - AFP

Berita Harian X