Rabu, 12 Jun 2019 | 4:16pm
Polis melepaskan semburan lada ke arah penunjuk perasaan ketika bantahan menentang cadangan rang undang-undang ekstradisi kontroversi berhampiran bangunan Parlimen Hong Kong. -Foto Reuters
Polis melepaskan semburan lada ke arah penunjuk perasaan ketika bantahan menentang cadangan rang undang-undang ekstradisi kontroversi berhampiran bangunan Parlimen Hong Kong. -Foto Reuters

Polis guna penyembur lada, cota halang penunjuk perasaan

HONG KONG: Polis menggunakan penyembur lada dan cota hari ini untuk menghalang penunjuk perasaan berpayung masuk ke dalam Parlimen ketika bantahan menentang rang undang-undang ekstradisi kontroversi bertukar ganas.

Pertembungan meletus sejurus selepas jam 3 petang waktu tempatan, tarikh akhir diberi penunjuk perasaan supaya kerajaan membatalkan rang undang-undang kontroversi yang membolehkan pesalah diekstradisi ke China.

Penunjuk perasaan menggunakan payung sebagai perisai dilihat cuba merapatkan diri dengan polis rusuhan yang melindungi bangunan Majlis Perundangan sambil objek dibaling ke arah pasukan keselamatan yang membalas dengan semburan lada dan cota.

Terdahulu puluhan ribu penunjuk perasaan mengepung bangunan Parlimen awal hari ini, memaksa pembuat dasar menangguhkan pusingan kedua perdebatan berkaitan rang undang-undang ekstradisi. -AFP/Reuters

Berita Harian X