Sabtu, 15 Jun 2019 | 3:58pm
CARRIE Lam
CARRIE Lam

Lam tangguh rang undang-undang ekstradisi

HONG KONG: Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam hari ini menangguhkan rang undang-undang membenarkan rakyatnya di ekstradisi ke tanah besar China untuk dibicarakan selepas ia membangkitkan kemarahan dan protes besar-besaran di kota terbabit.

Lam berkata, pembuat dasar akan menghentikan semua proses ke arah pelaksanaan rang undang-undang berkenaan serta merta.

Langkah seterusnya akan diputuskan selepas rundingan dengan pelbagai parti dijalankan.

Menurut penganjur protes, dianggarkan satu juta penduduk Hong Kong berarak Ahad lalu, membantah rang undang-undang berkenaan.

Hong Kong huru-hara dan lumpuh seketika apabila penunjuk perasaan yang membanjiri jalan-jalan utama bertempur dengan polis hingga memaksa mereka melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah.

Ia dianggap senario politik terburuk pernah dilalui Hong Kong selepas kerajaan Britain menyerahkan kembali pentadbiran Hong Kong kepada China pada 1997. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X