X
Isnin, 17 Jun 2019 | 9:51pm

100 kanak-kanak maut virus Ensefalitis di India

NEW DELHI: Hampir 100 kanak dilaporkan meninggal dunia, bulan ini akibat radang pada otak atau dikenali Ensefalitis di negeri Bihar, bahagian timur India.

Pegawai perubatan, Prasad Singh memberitahu sejumlah 97 kanak-kanak meninggal dunia manakala 146 sedang dirawat akibat virus itu yang dikatakan merebak semasa musim panas.

“Tiada kemudahan yang lengkap dekat sini.

“Sekiranya terdapat kemudahan lengkap, dia tidak mungkin meninggal dunia,” kata Sunil Ram iaitu ayah kepada salah seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia di luar hospital milik kerajaan, semalam.

Pihak berkuasa kerajaan pusat dan negeri berkata, mereka sedang melakukan segala yang mungkin untuk merawat kanak-kanak yang sakit itu.

Virus Ensefalitis ialah radang otak yang disebabkan salah satu daripada beberapa virus.

Gejalanya, termasuk demam tinggi, muntah dan kes teruk seperti sawan, lumpuh serta koma.

Difahamkan bayi dan warga tua mudah terdedah dengan virus itu.

Lima tahun lalu, wabak sama turut membunuh kira-kira 380 orang di Bihar, India. - Reuters

Berita Harian X