Selasa, 18 Jun 2019 | 11:51am
Gambar pada 2012 menunjukkan Mohammed Morsi (kanan) dan pemimpin Hamas, Khaled Mashaal bertemu di istana presiden di Kaherah, Mesir. -Foto Agensi

Hamas beri penghormatan kepada Mohammed Morsi

BANDAR GAZA: Hamas semalam memberi penghormatan kepada bekas Presiden Mesir Mohammed Morsi yang menjadi sekutu rapat pergerakan Islam Palestin yang mentadbir Semenanjung Gaza.

Penghormatan itu dilakukan selepas Morsi, pemimpin Mesir pertama dipilih secara demokrasi, meninggal dunia selepas jatuh sakit ketika menghadiri perbicaraan mahkamah di Kaherah, kata pihak berkuasa Mesir.

Hamas, cawangan pergerakan Ikhwanul Muslimin Morsi yang diharamkan di Mesir, mengeluarkan satu kenyataan memuji pengaruh bekas pemimpin itu.

Ia memuji ‘pergelutan sekian lama Morsi menghabiskan hukumannya di Mesir serta rakyatnya dan terutama perjuangan Palestin.’

Selepas Morsi disingkirkan pada 2013, hubungan Hamas dengan penggantinya, Abdel Fattah al-Sisi menjadi tegang dengan Kaherah menuduh kumpulan itu menyokong militan Islam di rantau bergolak Sinai bersempadan Gaza. -AFP

Berita Harian X