Jumaat, 5 Julai 2019 | 7:30pm
Kapal tangki milik Iran, iaitu Grace 1 yang didaftarkan di Panama ketika ditahan di Selat Gibraltar, semalam. Foto EPA
Kapal tangki milik Iran, iaitu Grace 1 yang didaftarkan di Panama ketika ditahan di Selat Gibraltar, semalam. Foto EPA

Iran desak Britain bebas kapal tangki miliknya

TEHRAN: Iran hari ini, mendesak Britain membebaskan segera sebuah kapal tangki miliknya yang ditahan di Gibraltar, dan menuduh tindakan itu diambil atas arahan Amerika Syarikat.

Seorang pegawai kanan Kementerian Luar turut menyifatkan tindakan London itu sebagai tidak boleh diterima, dalam satu mesyuarat dengan duta Britain, Rob Macaire.

“Rob Macaire sudah dipanggil untuk mendengar bantahan rasmi,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan berkenaan, kementerian itu mendesak pembebasan segera kapal tangki terbabit, yang ditahan atas permintaan Amerika Syarikat, iaitu berdasarkan maklumat terkini yang diperoleh.

Namun, pihak berkuasa Gibraltar, iaitu wilayah milik Britain yang terletak di selatan Sepanyol berkata, mereka mengesyaki kapal tangki itu menghantar minyak mentah ke Syria, dan ia melanggar sekatan yang dikuat kuasa Kesatuan Eropah. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X