Jumaat, 12 Julai 2019 | 5:46pm
Pesawat Yeti Airlines ATR 72-500 tergelincir dari landasan.

Lapangan terbang Nepal ditutup pesawat tergelincir

KATHMANDU: Lapangan Terbang Antarabangsa Nepal ditutup hari ini selepas sebuah pesawat tergelincir dari landasan yang dibaiki baru-baru ini, yang mencederakan dua orang, kata pegawai.

Negara ini mempunyai rekod keselamatan penerbangan yang lemah, menyebabkan syarikat penerbangan Nepal diharamkan daripada menggunakan ruang udara Kesatuan Eropah (EU) selain pesawat lain sukar mendarat lapangan terbang itu.

Pesawat Yeti Airlines ATR 72-500 tiba di Kathmandu dari selatan Nepal dengan membawa 66 penumpang dilaporkan tergelincir kira-kira 15 meter ke rumput.

“Pasukan kami sedang berusaha mengalihkan pesawat dan membuka semula lapangan terbang,” kata pengurus besar lapangan terbang, Raj Kumar Chettri memberitahu AFP.

Tambahnya, kerja untuk mengalihkan pesawat turboprop buatan Franco-Italian agak sukar kerana hujan lebat menyebabkan kawasan berlumpur. -AFP.

Berita Harian X