Sabtu, 13 Julai 2019 | 9:30am

Gempa bumi 6.1 magnitud gegar utara Okinawa, Jepun

SINGAPURA: Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud menggegarkan utara pulau Okinawa di Jepun hari ini, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Setakat ini tiada kecederaan mahupun kerosakan harta benda dilaporkan akibat gegaran berkenaan.

Menurut USGS, gegaran dikesan pada kedalaman 257 kilometer, kira -kira 346 kilometer di utara Naha, ibu kota wilayah terbabit. - Reuters

Berita Harian X