Isnin, 22 Julai 2019 | 10:58pm
ANGGOTA bomba berusaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kejadian kebakaran bangunan di Mumbai. - Foto AFP
ANGGOTA bomba berusaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kejadian kebakaran bangunan di Mumbai. - Foto AFP

60 pekerja diselamatkan insiden kebakaran di Mumbai

MUMBAI: Kira-kira 60 orang berjaya diselamatkan daripada insiden kebakaran membabitkan bangunan kerajaan sembilan tingkat di ibu negara kewangan Mumbai, India, hari ini.

“Operasi menyelamat hampir selesai. Kami mencari di setiap tingkat bangunan untuk mengenalpasti sama ada terdapat mangsa lain,” kata pegawai jabatan bomba.

Difahamkan kebakaran tercetus di tingkat tiga dan empat bangunan yang menempatkan pejabat syarikat telekomunikasi milik negara, MTNL, sehingga menyebabkan pekerja terpaksa lari ke bumbung bangunan itu.

Operasi menyelamat disertai sebuah pasukan terdiri daripada 175 anggota bomba dan 16 jentera pemadam kebakaran.

Pada awalnya, pihak berkuasa perbandaran menganggarkan 100 orang mungkin terperangkap dalam bangunan itu. - Reuters.

Berita Harian X