Ahad, 8 September 2019 | 10:51pm
KEM pelarian Rohingya di Cox’s Bazar. - Foto AFP

Universiti Bangladesh gantung pelajar sebab etnik Rohingya

COX’S BAZAR: Sebuah universiti di Bangladesh menggantung seorang pelajar hanya kerana beliau etnik Rohingya, menurut pihak berkuasa, hari ini, ketika kemarahan terhadap golongan pelarian itu, selepas cubaan kedua penghantaran semula mereka ke Myanmar gagal.

Difahamkan, pendidikan formal untuk pelarian adalah dilarang di Bangladesh.

Universiti Antarabangsa Cox’s Bazar berkata, ia menggantung Rahima Akter Khushi, 20, dan akan menyiasat kes beliau, selepas media tempatan mendedahkan mangsa menyembunyikan identiti untuk mendapat tempat.

“Rohingya tidak boleh masuk ke universiti kita kerana mereka pelarian. Warga asing boleh belajar di sini, namun mereka perlu patuh prosedur,” kata ketua institusi itu, Abul Kashem.

Katanya, wanita itu memberikan dokumen menunjukkan beliau tamat sekolah menengah di bandar pelabuhan Chittagong, Bangladesh.

Khushi yang menjalani pengajian undang-undang memaklumkan keputusan universiti swasta itu menjejaskan mental beliau.

“Wanita lain mungkin sudah bunuh diri. Namun, saya cuba yang terbaik berdepan situasi ini,” katanya. - AFP

Berita Harian X