Ahad, 22 September 2019 | 9:39pm
Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Foto Agensi

Dron paksa penerbangan dilencongkan dari Dubai

DUBAI: Dua penerbangan terpaksa dilencongkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai hari ini, selepas pihak berkuasa berjaya mengesan aktiviti dron di kawasan terbabit.

“Ketibaan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) mengalami gangguan sebentar pada jam 12.36 tengah hari hingga 12.51 tengah hari (waktu tempatan) dipercayai akibat aktiviti dron.

“Ia menyebabkan dua penerbangan terpaksa dilencongkan,” kata jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. - Reuters

Berita Harian X