Isnin, 23 September 2019 | 7:09pm
Pengawal Revolusi Iran mengepung kapal Steno Impero dengan beberapa bot penyerang di Selat Hormuz pada 19 Julai lalu.
Pengawal Revolusi Iran mengepung kapal Steno Impero dengan beberapa bot penyerang di Selat Hormuz pada 19 Julai lalu.

Iran bebaskan kapal tangki minyak selepas dua bulan

TEHRAN: Iran memaklumkan sebuah kapal yang mengibarkan bendera Britain bebas untuk berlayar, dua bulan selepas ia ditahan di Teluk.

“Proses perundangan sudah selesai, syarat pelepasan kapal tangki minyak ini sudah dipenuhi dan kapal ini boleh berlayar,” kata jurucakap kerajaan, Ali Rabiei dalam sidang media, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila kapal milik Sweden itu akan dibenarkan berlayar.

Pengawal Revolusi Iran mengepung kapal Steno Impero dengan beberapa bot penyerang di Selat Hormuz pada 19 Julai lalu.

Kapal itu ditahan di pelabuhan Bandar Abbas, Iran kerana didakwa gagal menjawab panggilan kecemasan dan menutup transponder, selepas terlanggar sebuah bot nelayan.

Syarikat yang memiliki kapal tangki itu, Stena Bulk semalam berkata, ia menjangkakan kapal itu dibebaskan tidak lama lagi, namun menyuarakan sikap berhati-hati terhadap situasi terbabit.

“Kami memahami ada keputusan politik untuk membebaskan kapal ini. Kami berharap ia boleh pergi dalam masa beberapa jam.

“Kami mahu memastikan kapal ini berlayar keluar dari perairan Iran,” kata ketua eksekutif Stena Bulk, Erik Hanell. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X