Rabu, 16 Oktober 2019 | 10:09pm
TENTERA India mengawal di lokasi pertempuran antara pasukan keselamatan India dengan militan di Bijhehara. - Foto EPA

Tiga maut dibunuh tentera India di Kashmir

SRINAGAR: Pasukan keselamatan India membunuh tiga orang yang didakwa sebagai militan di Kashmir, hari ini.

Perkembangan terbaru itu berlaku ketika perkhidmatan telefon bimbit dipulihkan selepas operasinya disekat sejak lebih 5 Ogos lalu.

Dua sumber polis memberitahu Reuters bahawa militan terbabit dibunuh semasa berbalas tembakan selepas tentera menyerbu sebuah perkampungan di selatan Kashmir.

“Tiga militan dibunuh dan mayat dibawa keluar di lokasi kejadian.

“Bahan bukti termasuk senjata dan peluru berjaya ditemui,” kata polis Kashmir menerusi kenyataan di sini.

Sementara itu, sumber berkata, pasukan keselamatan mengenakan sekatan perjalanan berhampiran lokasi kejadian bagi mengelakkan ketegangan.

Katanya, penduduk Kashmir yang bermusuh dengan India bertindak melemparkan batu ke arah pihak berkuasa selepas militan dibunuh. - Reuters

Berita Harian X