Ahad, 27 Oktober 2019 | 9:54pm
Pemimpin kumpulan Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi.
Pemimpin kumpulan Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi.

Abu Bakr al-Baghdadi disahkan maut - Trump

BAGHDAD: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengesahkan pemimpin kumpulan Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi maut dalam serbuan pasukan khas AS di barat laut Syria, hari ini.

Trump menerusi ucapan yang disiarkan menerusi televisyen berkata, Abu Bakr membunuh diri, ketika serangan dengan meletupkan jaket berisi bahan letupan yang dipakainya.

Katanya, keputusan ujian susulan serbuan secara positif mengenal pasti bahawa sasaran adalah Abu Bakr.

“Dia seorang lelaki yang sakit dan kejam dan kini sudah tiada,” kata Trump.

Abu Bakr sekian lama dikehendaki AS kerana menjadi ketua kumpulan pengganas yang menguasai kawasan luas di Syria dan Iraq dengan mengisytiharkan pemerintahan Khalifah.

Kumpulan itu melakukan pembunuhan ke atas minoriti agama dan menyerang lima benua atas nama Islam. - Reuters

Berita Harian X