Jumaat, 8 November 2019 | 8:22am

Gempa bumi 5.8 landa Iran

TEHRAN: Satu gempa bumi berukuran 5.8 melanda barat laut Iran awal pagi tadi, lapor Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran berkenaan berlaku pada jam 2.17 pagi (waktu tempatan) dan agensi berita rasmi, IRNA melaporkan, gempa terbabit agak kuat, menyebabkan ramai penduduk bertempiaran lari meninggalkan kediaman masing-masing.

Pusat gempa itu yang pada awalnya dicatatkan berukuran 6.0 oleh Pusat Seismologi Eropah - Mediterranean (EMSC), terletak 83 kilometer di barat daya Ardabil, pada kedalaman 10 kilometer. - Reuters

Berita Harian X