Rabu, 13 November 2019 | 11:47am
Sistem pertahanan peluru berpandu milik Israel memintas roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza. Foto AFP

9 penduduk maut di Semenanjung Gaza

GAZA CITY: Sembilan penduduk maut, dalam serangan udara yang dilancarkan oleh tentera Israel ke Semenanjung Gaza, semalam.

Ia berlaku selepas kumpulan Jihad Islam Palestin (PIJ) melepaskan 200 roket ke arah Israel, sebagai tindak balas serangan Israel ke atas bangunan kediaman pemimpin kanan PIJ, Baha Abu Al-Ata.

Serangan terbaharu itu turut menyebabkan lebih 40 penduduk Palestin cedera.

Pasukan perubatan Israel berkata, mereka sudah merawat 46 penduduk dan daripada jumlah itu menunjukkan gejala tertekan, akibat serangan roket terbabit.

Terdapat beberapa laporan mengenai serangan berasingan yang menyasar ahli PIJ di Damsyik. - AFP

Berita Harian X