Rabu, 13 November 2019 | 1:41pm
ANGGOTA keselamatan mengawal lokasi letupan di Kabul. - Foto Reuters

7 maut letupan bom kereta di Kabul

KABUL: Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dan tujuh lagi cedera apabila sebuah kereta diletupkan di sini, ketika waktu puncak awal pagi, kata jurucakap kementerian dalam negeri, hari ini.

Nasrat Rahimi berkata bom itu meletup di kawasan berhampiran bangunan kementerian dalam negeri dan lapangan terbang di utara Kabul.

Katanya, semua yang terbunuh dalam kejadian itu adalah orang awam.

“Ini adalah maklumat awal dan butiran lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya. - AFP

Berita Harian X