Rabu, 13 November 2019 | 2:55pm
BANGUNAN yang musnah dibedil rejim Zionis dalam serangan udara dan peluru berpandu di Gaza. - Foto Reuters

12 penduduk Palestin terkorban dibedil Israel

GAZA CITY: Dua lagi penduduk Palestin terkorban dibedil rejim Zionis dalam serangan udara dan peluru berpandu di Gaza, awal hari ini.

Kementerian kesihatan berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah korban mencecah 12 orang.

Israel melancarkan serangan dahsyat terhadap komander kumpulan Jihad Islam Palestin (PIJ) sejak Selasa lalu sehingga mencetuskan serangan balas roket dan serangan udara. - AFP

Berita Harian X