HONG KONG: Biro Pendidikan berkata, semua sekolah di Hong Kong akan menggantung sesi persekolahan esok atas sebab pengangkutan dan keselamatan.
Satu kenyataan dibuat biro terbabit turut menggesa semua penunjuk perasaan menghentikan tindakan keganasan serta merta.
Pihak berkuasa Hong Kong bersiap sedia berdepan lebih banyak pertempuran hari ini apabila penunjuk perasaan prodemokrasi ‘berjaya’ melumpuhkan pusat kewangan yang sudah memasuki hari ketiga itu.
Difahamkan beberapa rangkaian pengangkutan, sekolah dan banyak perniagaan terpaksa ditutup selepas keganasan semakin kemuncak.-Reuters.