Khamis, 14 November 2019 | 8:15am

Kebocoran gas ragut tujuh nyawa, 16 cedera di Mesir

KAHERAH: Sekurang-kurangnya tujuh maut dan 16 lagi cedera dalam kebakaran di kampung di Delta Nil petang semalam, beberapa jam selepas cubaan mencuri gas menyebabkan kebocoran di kawasan itu, lapor Akhbar Elyom.

Seorang penduduk tempatan memberitahu, hospital di kawasan itu sesak dan angka korban lebih ramai berbanding yang dilaporkan.

Bau gas dapat dihidu di mana-mana, katanya.

Ketua Petroleum Pipelines Company, Abdel-Moneim Hafez, berkata cubaan merompak saluran paip berlaku di Italy el-Baroud di wilayah Beheira petang semalam.

“Berikutan kebakaran yang tidak diketahui puncanya, ada api dalam produk bocor susulan kemalangan itu,” beliau dipetik sebagai berkata oleh agensi berita rasmi MENA.

Pasukan teknikal dikejarkan ke lokasi selepas cubaan mencuri itu dan mengawal kebocoran, kata Hafez.

Kecederaan termasuk pelbagai tahap kesan kebakaran, MENA memetik penasihat Menteri Kesihatan, Khaled Megahed, sebagai berkata. — Reuters

Berita Harian X