Khamis, 14 November 2019 | 8:19am
Maharaja Naruhito.

Bermalam dengan dewi akhiri upacara pertabalan Maharaja Jepun

TOKYO: Maharaja Naruhito akan dibawa ke dewan kayu gelap malam ini untuk menghabiskan sepanjang malam dengan dewi sebagai meraikan upacara besar terakhir pertabalan selepas beliau menaiki takhta pada musim bunga lalu.

Upacara ‘Daijosai’ berpusat kepada Amaterasu Omikami, dewi matahari yang dipercayai adalah asal usul keturunan maharaja.

Ia adalah yang paling jelas dalam siri upacara agama menunjukkan Naruhito mengambil alih kedudukan selepas bapanya, Akihito, turun takhta.

Upacara itu mendorong pengkritik daripada Komunis kepada Kristian memfailkan tindakan undang-undang, berkata ia menghina dasar tentera dan melanggar Perlembagaan yang memisahkan gereja dan negara kerana kerajaan pusat membayar kos sebanyak 2.7 bilion yen (RM103 juta).

Khabar angin menyatakan maharaja mempunyai hubungan suami isteri dengan dewi itu, pandangan yang dikemukakan dalam buku teks sebelum Perang Dunia Kedua, era ketika maharaja dianggap Tuhan.

Gelaran Tuhan yang dipegang datuk Naruhito, Hirohito, dilucutkan selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

Namun sarjana dan kerajaan berkata, upacara itu membabitkan perkongsian hidangan dari seluruh Jepun untuk memeterai statua baharu maharaja.

“Upacara ini secara asas adalah majlis membabitkan dewi matahari dan mahajara.

“Maharaja berubah dengan mengambil bahagian dalam upacara ini,” kata Profesor John Breen, dari pusat Penyelidikan Antarabangsa bagi Pengajian Jepun di Kyoto, yang mengaku kebanyakan pertabalan mempunyai elemen mistik. — Reuters

Berita Harian X