Khamis, 14 November 2019 | 3:08pm

Israel, Jihad Islam setuju laksana gencatan senjata

GAZA: Perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza sudah dipersetujui dan berkuat kuasa pada jam 5.30 pagi waktu tempatan hari ini, kata sumber Mesir dan pegawai kanan Jihad Islam.

Perjanjian itu adalah hasil usaha Mesir dan disokong pihak di Palestin termasuk Jihad Islam, kata pegawai kanan Mesir.

Sumber Jihad Islam mengesahkan perjanjian itu. — AFP

Berita Harian X