Ahad, 24 November 2019 | 1:57pm
Bangladesh menyaksikan siri keganasan dicetuskan pelampau Islam sejak beberapa tahun lalu. -Foto AFP
Bangladesh menyaksikan siri keganasan dicetuskan pelampau Islam sejak beberapa tahun lalu. -Foto AFP

Bangladesh tahan 15 suspek pelampau

CHITTAGONG: Polis Bangladesh menahan 15 suspek kumpulan pelampau Islam di bandar kedua terbesar negara itu di sini, kata pihak berkuasa semalam.

Polis di sini melancarkan pelbagai tangkapan di seluruh bandar pelabuhan itu termasuk komander serantau dan aktivis yang menganggota kumpulan diharamkan Hizb ut-Tahrir (HT), kata jurucakap polis, Shah Abdur Rouf.

“Militan sedang disusun semula di bandar ini,” katanya menambah polis merampas komputer riba, telefon bimbit, buku dan wang tunai digunakan untuk ‘aktiviti subversif.’

Kumpulan terbabit diharamkan di negara Asia Selatan itu pada 2009 kerana menjalankan aktiviti ‘anti-negara dan anti-demokratik.’

HT yang berpusat di London, sudah beroperasi selama berdekad di seluruh dunia. Bangladesh menyaksikan siri keganasan dicetuskan pelampau Islam sejak beberapa tahun lalu termasuk serangan kafe didakwa dilakukan Daesh pada 2016 di Dhaka, mengorbankan 22 orang majoriti rakyat asing. -AFP

Berita Harian X