Isnin, 2 Disember 2019 | 10:10am
- Gambar hiasan/

Bangladesh pertimbang haramkan e-rokok, vape

DHAKA: Bangladesh bercadang melarang penjualan dan penggunaan rokok elektronik (e-rokok) dan vape, kata pegawai kesihatan semalam ketika negara di seluruh dunia bertindak mengharamkan peranti yang dikaitkan dengan risiko kesihatan dan ketagihan dalam kalangan remaja.

“Kami berusaha aktif untuk melaksanakan larangan ke atas pengeluaran, import dan penjualan e-rokok dan semua vape untuk menghalang risiko kesihatan,” kata Setiausaha Unit Pendidikan Kesihatan dan Kebajikan Keluarga Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga, Shaikh Yusuf Harun.

Kementerian Kesihatan mengambil kira beberapa kematian dan penyakit yang dikaitkan dengan penggunaan e-rokok di Amerika Syarikat, katanya.

Larangan ke atas e-rokok dan vape akan dimasukkan ke dalam dasar kawalan tembakan 2019, yang kini dirangka oleh kerajaan, tambahnya.

Ia kemudian akan dibentangkan di Parlimen untuk diluluskan.

E-rokok boleh didapati di mana sahaja di Bangladesh dari kedai kecil hingga ke laman e-perdagangan.

Pasaran global bagi e-rokok bernilai AS$15.7 bilion (RM65 bilion) pada 2018, menurut data Euromonitor International, dan dijangka meningkat lebih dua kali ganda kepada AS$40 bilion (RM167 bilion)in 2023. — Reuters

Berita Harian X