Isnin, 2 Disember 2019 | 11:03pm
SEBUAH bas terbabit dalam kemalangan di utara Maghribi mengorbankan 17 orang.

17 maut nahas bas di Maghribi

RABAT: Seramai 17 orang terbunuh dan 36 cedera selepas sebuah bas terbabit dalam kemalangan di utara Maghribi, kata kementerian kesihatan hari ini dalam insiden kedua berlaku di Afrika Utara pada hari sama.

Pihak berkuasa berkata, nahas berlaku semalam di bandar Taza yang terletak antara pergunungan Rif dan Atlas.

Katanya, pihaknya sedang melakukan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan itu.

Sementara itu, kementerian memberitahu AFP bahawa angka kematian telah meningkat kepada 17 orang manakala 36 lain dilaporkan mengalami kecederaan.

Sebuah stesen televisyen tempatan, 2M menerusi ciapan gambar kemalangan di Twitter menunjukkan bas terbabit terbalik serta remuk teruk.

Dalam kejadian semalam, sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh apabila sebuah bas membawa pelancong terjunam ke dalam gaung di kawasan pergunungan di Tunisia. -AFP.

Berita Harian X