Selasa, 3 Disember 2019 | 1:21pm
Akitoshi Okamoto ditangkap selepas menghubungi syarikat telefon sebanyak 24,000 kali untuk mengadu mereka melanggar kontraknya. - Foto video ANN News

Warga tua ditahan buat 24,000 panggilan

TOKYO: Seorang pesara berusia 71 tahun ditangkap selepas menghubungi syarikat telefon sebanyak 24,000 kali untuk mengadu mereka melanggar kontraknya, lapor media.

Polis Tokyo berkata, mereka menangkap Akitoshi Okamoto minggu lalu selepas beliau membuat ratusan panggilan bebas tol selama lapan hari kepada perkhidmatan pelanggan pengendali telefon KDDI.

Namun ia cuma sedikit, dengan media melaporkan beliau membuat ribuan panggilan lagi daripada telefon awam berbayar untuk menyuarakan ketidakpuasan hati dengan syarikat berkenaan dan menghina kakitangan perkhidmatan pelanggan.

“Beliau menuntut staf KDDI datang meminta maaf dengannya kerana melanggar kontrak.

“Beliau juga berulang kali meletakkan telefon selepas membuat panggilan,” kata jurucakap polis.

Okamoto ditahan kerana disyaki menghalang perniagaan secara penipuan.

Jepun menyaksikan pertambahan bilangan masalah sosial disebabkan ramai penduduk tua.

Pemandu warga tua kerap menyebabkan kemalangan maut dan pengendali kereta api melaporkan peningkatan keganasan dibuat penumpang warga tua terhadap kakitangan mereka. — AFP

Berita Harian X