X
Sabtu, 7 Disember 2019 | 6:42pm
Pasukan bomba berusaha memadam api menyebabkan Sydney diselimuti asap. - Foto AFP
Pasukan bomba berusaha memadam api menyebabkan Sydney diselimuti asap. - Foto AFP

Padam kebakaran di Sydney ambil masa berminggu

MELBOURNE: Kebakaran semak di pinggir Sydney menyebabkan bandar itu diselimuti asap meningkatkan jumlah penyakit pernafasan dan pembatalan sukan luar, mengambil masa beberapa minggu untuk memadamkannya tanpa bantuan hujan lebat, kata pasukan bomba.

Ribuan anggota bomba yang keletihan berusaha memadamkan kebakaran selama sebulan, hari ini bergelut memadamkan hampir 100 kebakaran di New South Wales.

Kebakaran besar yang berlaku di utara Sydney pada Jumaat lalu susulan beberapa kebakaran awal yang merebak hingga api memusnahkan kawasan seluas 335,000 hektar.

“Kami memerlukan hujan lebat untuk memadamkan kebakaran ini. Itu saja yang akan menghentikannya. Ia akan mengambil masa beberapa minggu untuk dipadamkan,” kata perkhidmatan Bomba Luar Bandar New South Wales.

Kebakaran hutan kerap berlaku di Australia ketika musim panas yang bermula pada Disember, tetapi tahun ini kebakaran bermula dlebih awal, disebabkan suhu tinggi, angin kering dan kebakaran.

Kemarau selama tiga tahun di negara itu menyebabkan banyak kawasan di Australia kering. - Reuters

Berita Harian X