Selasa, 10 Disember 2019 | 1:14pm
Asap tebal akibat kebakaran hutan menyelubungi Sydney Opera House di Sydney, Australia. Foto Reuters
Asap tebal akibat kebakaran hutan menyelubungi Sydney Opera House di Sydney, Australia. Foto Reuters

Kebakaran paksa penduduk timur Australia berpindah

SYDNEY: Penduduk di beberapa bahagian di timur Australia dilapor meninggalkan kediaman mereka, hari ini, ketika suhu semakin meningkat, manakala tiupan angin kencang dijangka terus menyemarakkan kebakaran hutan di utara bandar raya ini.

Kadar kualiti udara di Sydney juga semakin membimbangkan, apabila asap tebal kembali menyelubungi bandar raya itu, hingga menjejaskan perkhidmatan pengangkutan dan memaksa pihak berkuasa mengeluarkan amaran kesihatan.

Lebih 100 kebakaran dicatatkan di New South Wales dan Victoria di timur Australia, kebanyakan berlaku sejak November.

Kebakaran itu menyebabkan sekurang-kurangnya empat maut, selain memusnahkan lebih 680 rumah dan lebih satu juta hektar kawasan hutan. - Reuters

Berita Harian X