Isnin, 16 Disember 2019 | 4:59pm
KEBAKARAN hutan di New South Wales. - Foto Reuters
KEBAKARAN hutan di New South Wales. - Foto Reuters

Bomba Australia tersilap, cetus kebakaran besar

SYDNEY: Operasi pencegahan kebakaran bertujuan mengawal satu kebakaran hutan besar di timur Australia menjadi tidak terkawal sehingga merosakkan bangunan dan memutuskan beberapa jalan utama, kata pihak berkuasa.

Kemalangan itu berlaku kira-kira 250 kilometer di barat laut Sydney di mana bomba cuba menghentikan kebakaran 378,000 hektar yang menghampiri beberapa komuniti dengan melaksanakan pembakaran kawalan.

“Kita menyaksikan perubahan keadaan drastik, api semakin besar dan ia sudah tersebar,” kata Pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba Luar Bandar New South Wales, Shane Fitzsimmons, hari ini.

Katanya, puluhan bangunan musnah di kawasan itu, namun beliau tidak memberikan jumlah tertentu. Mujur, tiada laporan kecederaan, hari ini.

Kebakaran hutan mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang, memusnahkan lebih 680 rumah dan membakar hampir tiga juta ekar (1.2 juta hektar) belukar di seluruh timur Australia, sejak November lalu. - Reuters

Berita Harian X