Sabtu, 21 Disember 2019 | 1:29am
PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. - Foto AFP
PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. - Foto AFP

Negara berdaulat Palestin tidak wujud - Netanyahu

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) tidak mempunyai bidang kuasa menyiasat jenayah perang di wilayah Palestin.

Pemimpin Zionis itu menyifatkan siasatan terbabit sebagai ‘hari gelap untuk kebenaran dan keadilan’.

“Mahkamah ini tiada bidang kuasa dalam kes ini. ICC hanya ada bidang kuasa ke atas petisyen oleh negara berdaulat. Namun, tidak pernah ada negara Palestin.

Terdahulu, ketua pendakwa raya ICC memaklumkan beliau akan melancarkan siasatan penuh terhadap dakwaan jenayah perang di wilayah Palestin. - Reuters

Berita Harian X