Selasa, 31 Disember 2019 | 11:25am
KEJADIAN kebakaran di Mallacoota, Victoria, Australia. - Foto Reuters
KEJADIAN kebakaran di Mallacoota, Victoria, Australia. - Foto Reuters

Tiga dikhuatiri maut dalam kebakaran hutan Australia

SYDNEY: Tiga dikhuatiri maut selepas terperangkap dalam kebakaran hutan di tenggara Australia, kata pihak berkuasa hari ini, ketika api marak menyebabkan kemusnahan dan memaksa ribuan pelancong melarikan diri ke pantai untuk mengelak bencana itu.

Pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba New South Wales, Shane Fitzsimmons, berkata ada laporan awal kemungkinan berlaku tiga kematian di pekan kecil di negeri itu.

Fitzsimmons berkata, keadaan tidak selamat bagi polis untuk pergi ke lokasi kejadian disebabkan ancaman kebakaran.

“Ada tiga yang hilang dan kemungkinan mereka adalah tiga kematian disebabkan kebakaran di pantai selatan,” kata Fitzsimmons.

Dua dikhuatiri maut di pekan Cobargo, dan seorang di Belowra.

Empat lagi masih hilang di Victoria, lokasi beberapa kebakaran paling teruk, walaupun pihak berkuasa tidak memberikan butiran lanjut.

Sembilan kematian disahkan dalam kebakaran hutan kali ini, termasuk seorang sukarelawan bomba yang terbunuh semalam selepas traknya diterbangkan angin kencang. — Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X