Sabtu, 4 Januari 2020 | 10:55am
Sebuah helikopter menurunkan air ke arah kebakaran hutan di tenggara negara Australia. - Foto AFP
Sebuah helikopter menurunkan air ke arah kebakaran hutan di tenggara negara Australia. - Foto AFP

Australia kerah tentera simpanan kawal kebakaran

BATEMANS BAY: Puluhan ribu penduduk , Australia meninggalkan rumah masing-masing apabila lebih banyak kebakaran hutan dijangka berlaku hari ini, menjadikan destinasi pelancongan di tenggara negara itu sebagai pekan hantu.

Suhu diramal melebihi 40 darjah Celsius dan angin kencang dijangka menyemarakkan ratusan kebakaran, yang sudah pun tidak dapat dikawal di seluruh Australia.

“Hari ini adalah untuk menyelamatkan nyawa kata Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian.

Perintah darurat diisytiharkan di seluruh wilayah tenggara Australia yang padat dengan penduduk dan lebih 100,000 diarah meninggalkan rumah di tiga negeri.

“Kami menyaksikan puluhan ribu penduduk berpindah.

Keadaan kenderaan yang sesak disebabkan penduduk bertindak untuk keluar dari Batemans Bay menghala ke selatan untuk keluar dari kawasan kebakaran hutan di New South Wales. -Foto AFP
Keadaan kenderaan yang sesak disebabkan penduduk bertindak untuk keluar dari Batemans Bay menghala ke selatan untuk keluar dari kawasan kebakaran hutan di New South Wales. -Foto AFP

“Mesej kami memastikan anda berpindah semalam,” kata Pesuruhjaya Bomba Pedalaman New South Wales, Shane Fitzsimmons, meramalkan hari yang panjang dan sukar menunggu.

Ribuan penduduk mematuhi arahan semalam, meninggalkan rancangan percutian musim panas dan menaiki kereta yang menyebabkan kesesakan di lebuh raya menghubungkan pantai tenggara dengan Sydney atau pekan lebih besar.

Sementara itu, Australia mengerah 3,000 anggota tentera simpanan

untuk menangani krisis kebakaran hutan yang berterusan di negara itu, umum Perdana Menteri Scott Morrison hari ini, panggilan terbesar dalam sejarah. — AFP

Berita Harian X