Sabtu, 25 Januari 2020 | 9:43am
Ketua pegawai perubatan Australia, Brendan Murphy (tengah) Scott Morrison dan Michael McCormack bercakap pada sidang akhbar mengenai virus coronavirus. - Foto AAP

Coronavirus: Australia sahkan kes pertama

MELBOURNE: Australia mengesahkan kes pertama coronavirus yang berasal dari Wuhan di Victoria dengan mangsa kini mendapatkan rawatan di hospital di pinggir bandar Melbourne.

Menurut pegawai kesihatan Victoria, mangsa berada dalam keadaan stabil.

Menteri Kesihatan Victoria, Jenny Mikakos, berkata warga China berusia 50-an itu tiba ke negara ini dari China pada 19 Januari lalu dengan penerbangan daripada Guangzhou.

"Adalah sangat penting untuk ditekankan bahawa perkara ini tidak perlu menyebabkan kebimbangan kepada komuniti. Pesakit itu sudah diasingkan dan sedang menerima rawatan. Tiada kes lain yang disyaki akibat wabak itu buat masa ini, " kata Mikakos.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X