Selasa, 4 Februari 2020 | 7:24am
Pekerja perubatan tempatan mengadakan mogok berhampiran Hospital Queen Mary kerana mereka menuntut bandar menutup sempadannya dengan China untuk mengurangkan penyebaran coronavirus, di Hong Kong. - Foto AFP

Coronavirus: Angka kematian meningkat kepada 425 kes

BEIJING: Jumlah kematian susulan penularan wabak coronavirus meningkat kepada 424 kes, peningkatan sebanyak 64 kematian direkodkan hari ini.

Dalam kemas kini harian, angka direkodkan suruhanjaya kesihatan di Hubei itu disifatkan sebagai paling teruk ekoran penularan wabak dikenali 2019-nCoV itu.

Angka itu turut merekodkan jumlah jangkitan ekoran penularan wabak itu meningkat kepada 2,345 kes baharu. - AFP

Berita Harian X