Rabu, 5 Februari 2020 | 9:07pm
Pelayan sebuah restoran memakai topeng penutup multu dan hidung ketika mengambil pesanan di Beijing.
Pelayan sebuah restoran memakai topeng penutup multu dan hidung ketika mengambil pesanan di Beijing.

Beijing larang makan beramai-ramai, majlis jamuan hari jadi

BEIJING: Ibunegara China melarang orang ramai daripada berkumpul untuk makan, mengadakan majlis meraikan ulang tahun dan jamuan makan bagi membendung penyebaran coronavirus yang membawa maut.

 

Restoran dan katerer tidak dibenarkan menyediakan perkhidmatan kepada kumpulan orang ramai dan harus membatalkan atau menangguhkan sebarang acara sedemikian segera, kata pihak berkuasa tempatan pada taklimat hari ini.

Perintah itu juga termasuk sebarang perayaan percutian atau majlis sambutan tamat pengajian, katanya.

  

Bandaraya itu adalah yang terbaru menghalang orang ramai daripada berkongsi makanan antara satu sama lain, yang adalah salah satu cara virus yang telah membunuh hampir 500 orang boleh tersebar.

  

China telah mengambil langkah-langkah ekstrim untuk membendung wabak, termasuk mengkuarantin lebih 50 juta orang dan memanjangkan cuti tahunan Tahun Baharu Cina.

Wilayah Sichuan - dikenali di peringkat antarabangsa untuk hotpot yang dibuat dengan lada dari rantau ini - mengharamkan perhimpunan makan malam mulai 25 Januari. Shaanxi, yang bersempadan dengan wilayah Hubei di mana virus itu berasal, melakukan perkara yang sama pada 27 Januari.

 

Jumlah keseluruhan kes disahkan coronavirus di tanah besar China meningkat kepada 24,324 setakat 4 Februari, menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara. Jumlah kematian adalah pada 490, katanya dalam satu kenyataan. - BLOOMBERG

Berita Harian X