Selasa, 11 Februari 2020 | 1:27pm
Gambar fail, sebahagian pelarian Rohingya dari Myanmar turun dari bot selepas menyeberangi ke Bangladesh melalui Teluk Bengal. - Foto Reuters
Gambar fail, sebahagian pelarian Rohingya dari Myanmar turun dari bot selepas menyeberangi ke Bangladesh melalui Teluk Bengal. - Foto Reuters

14 pelarian Rohingya mati lemas

COX’S BAZAR : Sekurang-kurangnya 14 orang mati lemas manakala 70 mangsa lagi berjaya diselamatkan apabila bot membawa pelarian Rohingya karam di selatan perairan Bangladesh, awal pagi tadi, kata sumber rasmi.

Setakat ini, pihaknya berjaya menemui 14 mayat dan 70 pelarian yang masih hidup, kata komander pengawal pantai, Naim Ul Haq.

Menurut beliau, bot milik pasukan tentera laut dan pengawal pantai masih meneruskan usaha mencari, berhampiran pulau St Martin di Teluk Bengal.

Ramai daripada kalangan 700,000 pelarian Rohingya yang meninggalkan Rakhine susulan operasi tentera di Myanmar pada 2017, cuba meninggalkan kem pelarian di Bangladesh dengan menaiki bot bagi menuju ke Malaysia. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X