Sabtu, 15 Februari 2020 | 1:17pm
PEMIMPIN kanan Jamaat-e-Islami Bangladesh, Abdus Subhan.

Pemimpin kanan Jamaat-e-Islami meninggal dunia

DHAKA: Pemimpin kanan Jamaat-e-Islami Bangladesh, Abdus Subhan, yang disabitkan atas pertuduhan jenayah perang dan dipenjarakan sejak 2012, meninggal dunia di sebuah hospital, di sini, semalam, lapor agensi berita Anadolu.

Bekas Ahli Parlimen itu dibawa ke Hospital Perubatan Dhaka (DMCH) pada 24 Januari lalu.

“Pemimpin Jamaat-e-Islami itu menjalani rawatan di hospital akibat sakit tua dan meninggal dunia, hari ini (Jumaat).

“Jenazahnya berada di rumah mayat untuk bedah siasat dan proses penyerahan kepada keluarganya sedang dijalankan,” kata Inspektor Polis DMCH, Bachchu Mia.

Agensi penguat kuasa undang-undang negara itu menahan beliau pada September 2012 kerana didakwa melakukan jenayah perang.

Tribunal Jenayah Antarabangsa (ICT) menjatuhkan hukuman mati ke atas beliau pada Februari 2015 kerana didakwa terbabit jenayah terhadap kemanusiaan ketika perang dengan Pakistan pada 1971. – BERNAMA

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X