Rabu, 26 Februari 2020 | 7:52am
Harichi terbatuk-batuk dan kadang-kadang berpeluh semasa sidang akhbar bersama jurucakap kerajaan Ali Rabiei di Tehran pada Isnin.
Harichi terbatuk-batuk dan kadang-kadang berpeluh semasa sidang akhbar bersama jurucakap kerajaan Ali Rabiei di Tehran pada Isnin.

Timbalan Menteri Kesihatan Iran positif COVID-19

TEHRAN: Timbalan Menteri Kesihatan Iran, Iraj Harichi semalam mengesahkan beliau telah diuji positif COVID-19 berikutan wabak besar virus berkenaan di republik itu.

Harichi terbatuk-batuk dan kadang-kadang berpeluh semasa sidang akhbar bersama jurucakap kerajaan Ali Rabiei di Tehran pada Isnin.

Ketika itu, beliau menafikan dakwaan penggubal undang-undang bahawa 50 orang telah meninggal dunia akibat virus itu di bandar Qom, berkata bahawa beliau akan meletakkan jawatan jika angka itu terbukti benar.

Dalam siaran video di televisyen negeri, timbalan menteri itu dengan wajah berani mengakui beliau dijangkiti.

"Saya juga dijangkiti dengan coronavirus (COVID-19)," kata Harichi dalam video yang diambil oleh dirinya sendiri.

"Saya mengalami demam pada malam Isnin dan ujian awal saya positif pada tengah malam," katanya.

"Sejak itu saya telah mengasingkan diri saya. Beberapa minit yang lalu saya diberitahu bahawa ujian terakhir saya adalah positif, dan sekarang saya memulakan mengambil ubat.

"Saya ingin memberitahu anda bahawa ... kami pasti akan berjaya menentang virus ini dalam beberapa minggu akan datang," kata Harirchi.

Namun, beliau mengingatkan kepada rakyat Iran supaya berhati-hati kerana "virus tidak membezakan" dan menjangkiti sesiapa sahaja, tanpa mengira kedudukannya.

Berikutan berita jangkitan dialaminya, jurucakap kerajaan, Rabiei, yang berdiri di sampingnya pada Isnin, tampil di sidang akhbar lain dengan menteri industri negara pada Selasa serta pegawai lain.

Iran semalam mengesahkan tiga lagi kematian dan 34 jangkitan baharu, menjadikan angka kematian keseluruhan di negara itu kepada 15 dan jangkitan sebanyak 95. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X