Isnin, 30 March 2020 | 10:22am
Seorang lelaki dan wanita memakai topeng muka ketika membeli buah-buahan di Beijing. - FotoAFP
Seorang lelaki dan wanita memakai topeng muka ketika membeli buah-buahan di Beijing. - FotoAFP

COVID-19: China bertahan terhadap gelombang kedua

WUHAN: Lebih banyak kes jangkitan COVID-19 di China yang diimport daripada luar berisiko menular melalui gelombang kedua apabila jangkitan melalui pemindahan domestik pada dasarnya sudah terhenti.

Seorang pegawai kanan kesihatan di negara itu berkata, memberikan kelonggaran kepada perintah perjalanan juga boleh meningkatkan kepada risiko domestik.

Jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC), berkata hampir satu perempat daripada mereka datang melalui ketibaan di Beijing.

China, di mana penyakit pertama muncul di pusat bandar Wuhan, merekodkan sejumlah 693 kes dari luar negara, yang membawa kepada kemungkinan pusingan baharu jangkitan masih agak besar.

Jurucakap kerajaan Beijing, Xu Hejian memberitahu wartawan, Beijing masih menanggung risiko jangkitan.

"Tidak ada sebab untuk berehat dan berehat lagi...Ia bukan masa yang kita boleh katakan yang semuanya berjalan lancar.

"Kebanyakan kes yang diimport membabitkan orang ramai yang pulang ke China dari luar negara," katanya.

Seramai 3,300 orang meninggal dunia di Tanah Besar China, dengan laporan 81,439 kes jangkitan.

Negara itu mendapat pujian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam usahanya menutup kawasan yang terjejas dan mengasingkan pesakit.

Dalam tempoh tujuh hari lalu, China telah merekodkan 313 kes CIVID-19 yang diimport dan hanya enam kes disahkan melalui pemindahan domestik.

Terdapat 45 kes baharu yang dilaporkan Sabtu lalu, turun daripada 54 kes pada hari sebelumnya, dengan semuanya membabitkan pelancong luar negara.

Syarikat penerbangan diarah mengurangkan penerbangan antarabangsa secara mendadak bermula Ahad dan sekatan terhadap orang luar memasuki negara itu berkuatkuasa pada hari Sabtu.

Lima lagi pesakit meninggal dunia pada hari Sabtu, semuanya di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei. Ia melaporkan hanya satu kes baharu dalam tempoh 10 hari yang lalu.

Sehingga Sabtu lalu, menandakan hari kelima berturut-turut Hubei tidak mencatatkan kes baharuyang disahkan.

Satu-satunya kes melalui pemindahan domestik direkodkan di wilayah Henan, yang bersempadan dengan Hubei. - Reuters

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X