Ahad, 19 April 2020 | 12:48pm
Orang memakai topeng muka beratur di luar sebuah kedai makanan di tengah kebimbangan mengenai wabak coronavirus COVID-19 di Beijing. - Foto AFP
Orang memakai topeng muka beratur di luar sebuah kedai makanan di tengah kebimbangan mengenai wabak coronavirus COVID-19 di Beijing. - Foto AFP

COVID-19: China catat jumlah kes terendah sejak 17 Mac

BEIJING: Hanya 16 kes baharu COVID-19 dicatatkan China semalam, sekali gus menjadi paling terendah sejak 17 Mac, berbanding angka harian sehari sebelumnya, 27 kes.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, berkata daripada jumlah itu, sembilan daripadanya ialah kes import.

“Perkembangan itu paling rendah sejak 13 Mac dan menurun daripada 27 kes pada hari sebelumnya.

“Sementara tujuh lagi kes membabitkan jangkitan tempatan, juga turun berbanding 10 kes pada hari sebelumnya,” katanya.

Kes tanpa gejala semalam ada 44 kes, berbanding 54 kes sebelum ini.

Menurut suruhanjaya itu, tiga daripada kes baharu itu ialah kes import.

Tiada kematian baharu dilaporkan.

Sehingga semalam, jumlah kes COVID negara ini ialah 82,735 dengan 4,632 kematian. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X