Isnin, 20 April 2020 | 11:57am
Seorang pelanggan (kiri) memakai topeng muka dan memeriksa kod kesihatannya dalam telefon pintar sebelum memasuki sebuah pasar raya di Wuhan, China. - FOTO AFP
Seorang pelanggan (kiri) memakai topeng muka dan memeriksa kod kesihatannya dalam telefon pintar sebelum memasuki sebuah pasar raya di Wuhan, China. - FOTO AFP

COVID-19: China lapor 12 kes baharu semalam

BEIJING: China melaporkan 12 kes baharu COVID-19, semalam, menurun berbanding 16 pada hari sebelumnya tanpa sebarang kematian.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan dalam buletin harian mereka, lapan daripadanya adalah jangkitan import yang juga menurun berbanding sembilan kes pada hari sebelumnya.

Katanya, baki empat jangkitan adalah kes tempatan membabitkan tiga di sempadan timur laut wilayah Heilongjiang dan satu di Inner Mongolia.

China turut melaporkan 49 kes baharu tanpa simptom di Tanah Besar, semalam, meningkat berbanding 44 pada hari sebelumnya.

Tanah Besar China kini merekodkan sejumlah 82,747 kes jangkitan dan 4,632 kematian akibat COVID-19, setakat semalam. - Agensi

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X