Khamis, 23 April 2020 | 9:57am
Dua penunggang basikal dilihat memakai topeng muka ketika melintasi bangunan perniagaan di Beijing. China merekodkan 10 kes baharu COVID-19. - Foto Reuters
Dua penunggang basikal dilihat memakai topeng muka ketika melintasi bangunan perniagaan di Beijing. China merekodkan 10 kes baharu COVID-19. - Foto Reuters

COVID19: China rekod 10 kes baharu

BEIJING: China merekodkan 10 kes baharu COVID-19, setakat semalam berbanding 30 kes kelmarin.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan negara itu dalam satu kenyataan hari ini, kes import yang berpunca daripada pengunjung dari luar negara menurun.

Data suruhanjaya itu menunjukkan bahawa enam kes baharu COVID-19 yang disahkan semalam, membabitkan kes import, turun dari 23 kes kelmarin.

Selain itu, kes tanpa gejala juga menunjukkan penurunan kepada 27 berbanding 42 kes kelmarin.

Jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di China sekarang adalah 82,798 kes.

Bagaimanapun, tiada kes kematian baharu dicatatkan. Namun angka itu kekal sebanyak 4,632 kes. - Agensi

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X