X
Rabu, 29 April 2020 | 2:44pm
Petugas kesihatan menunggu kedatangan pelajar di pintu masuk sekolah tinggi di Beijing, selepas pemerintah mengarah penutupan sekolah sejak Januari lalu. - Foto AFP
Petugas kesihatan menunggu kedatangan pelajar di pintu masuk sekolah tinggi di Beijing, selepas pemerintah mengarah penutupan sekolah sejak Januari lalu. - Foto AFP

Saintis kenal pasti kewujudan COVID-19 dalam titisan kecil di ruang udara

BEIJING: Sekumpulan ahli sains China mendakwa berjaya mengenal pasti petunjuk genetik berhubung kewujudan COVID-19 dalam titisan di ruang udara, sebahagian besarnya memiliki diameter lebih kecil dari satu perseribu setiap inci.

Perkara itu sebelum ini pernah dinyatakan dalam eksperimen di makmal, namun pakar sains China kini sedang mengkaji laporan mendakwa mereka berjaya mengesan titisan kecil mengandungi petunjuk genetik COVID-19 dalam ruang udara di dua hospital di Wuhan, China.

Difahamkan, penemuan kajian berkenaan diterbitkan dalam jurnal Nature pada Isnin .

Tidak dapat dipastikan jika sampel virus yang diambil itu boleh berjangkit, namun titisan terbabit adalah amat kecil, dikeluarkan menerusi pernafasan dan percakapan, serta boleh terapung atau disedut individu lain.

"Ia akan kekal terapung di ruang udara sekurang-kurangnya selama dua jam.

"Kami mendapati ada potensi virus ini disebarkan melalui udara," kata Linsey Marr, profesor kejuruteraan awam dan alam sekitar di Virginia Tech, yang tidak terbabit dengan akhbar Nature.

Marr dan ramai lagi saintis berkata, bukti bahawa COVID-19 disebarkan oleh titisan kecil dikenali sebagai aerosol semakin bertambah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) setakat ini menolak kemungkinan berkenaan dan berkata, penyakit terbabit sebahagian besarnya disebarkan menerusi titisan lebih besar, selain tidak berada di ruang udara untuk tempoh lama atau menerusi sentuhan pada permukaan tercemar. - Agensi

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X